Kedatangan orang-orang Arab ke rantau Asia Tenggara pada abad ke-15 bukanlah semata-mata mencari keuntungan perdagangan sahaja, malahan tujuan yang lebih utama adalah menyebarkan dan mengembangkan agama Islam, sejajar dengan perintah Allah dan Rasulnya.
Sejak dari Melaka menjadi pusat perdagangan lagi, ajaran Islam dan Bahasa Arab telah diajarkan kepada penduduk tempatan oleh pedagang-pedagang arab.
Dalam keluarga Al Attas, telah muncul seorang tokoh yang bertanggungjawab dalam meyebarkan agama Islam dan bahasa Arab. Beliau adalah Al Habib Hassan bin Ahmad Al Attas. Penubuhan madrasah (sekolah) adalah salah satu usaha terpenting beliau dalam memastikan penyebaran agama Islam dan bahasa Arab dapat diajarkan kepada penduduk-penduduk tempatan.
Madrasah pertama yang telah beliau dirikan pada tahun 1860 yang diberi nama Madrasatul 'Arabiah Al-Attas di Kampung Ketapang, Pekan. Madrasah ini kemudiannya telah diserahkan pentadbirannya kepada kerajaan negeri Pahang sehingga ke hari ini dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Al-Attas.
Dan seterusnya beliau berhijrah ke Johor. Setelah beliau berpindah dan bermustautin di negeri Johor, beliau menubuhkan satu lagi madrasah yang juga diberi nama Madrasah Al Attas pada tahun 1913. Madrasah tersebut telah dipindahkan beberapa kali sehingga pada tahun 1993 ia dipindahkan di atas sebuah bukit di Km 23 Jalan Kota Tinggi, Ulu Tiram, Johor. Madrasah tersebut kekal sehingga kini dan ditadbir oleh pewaris-pewaris beliau.
Jasamu Allahyarham Habib Hassan Ahmad Al Attas tetap kami kenang. Dengan kesempatan yang dikurniakanNya, kami dapat menuntut ilmu dunia & akhirat di atas usaha titis peluh mu.
Al Fatihah.
dipetik dari facebook