.

harap-harap kaye la aku

Tuesday, May 29, 2012

wahai purnama


( cuba baca dengan rentak muzik video kat atas ni )

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna

Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata

Engkau menyinar di Alam Tinggi … di Alam Tinggi
Engkau menyinar di Alam Tinggi … di Alam Tinggi
Terangi kegelapan dan kebatilan

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna

Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata

Dengan mu alam bergemerlapan … bergemerlapan
Dengan mu alam bergemerlapan … bergemerlapan
Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna

Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya …
Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya …
Siang dan malam jua … siang dan malam jua

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna

Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata

Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu …
Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu …
Mereka yang istimewa dan amat sempurna …

Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna

Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata



~ bessttt~

Saturday, May 26, 2012

kaedah baca secara sambung ayat 1 dan 2 surah Ali 'Imran

$O!9# ÇÊÈ ª!$# Iw tm»s9Î) žwÎ) uqèd yÛø9$# ãPqs)ø9$# ÇËÈ


1. Alif, Laam, Miim.

2. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.

Apabila dibaca secara “wasol” iaitu bersambung diantara ayat 1 dan ayat 2 surah Ali ‘Imran, maka huruf “م” pada ayat 1 hendaklah dibaca dengan baris atas (ألف لآم ميمَ الله )

"alif laaaaaam miimallah"

@

"alif laaaaaam miiiiiimallah"

Terdapat dua kaedah yang dibolehkan ketika membaca huruf ي” yang terdapat dalam huruf م” (ميم ) $pada ayat O!9# ÇÊÈ

1) Dibaca dengan dua harakat

2) Dibaca dengan enam harakat kerana mengikut kadar asal ketika waqaf (berhenti) iaitu enam harakat


...............................................................................................................................................

Rujukan: buku المنير، في أحكام التجويد،

: bab المد أحكامه وأنواعه

: m/s 78


Friday, May 25, 2012

percubaan membina website flash

isi kandungan web flash ni diambil dari buku keajaiban ciptaan Allah. Ia dibina menggunakan Adobe photoshop cs5.5 dan Adobe flash professional cs5.5. Terima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan yang banyk membantu dalam menjayakan projek ini.
(ayat dalam buku teks)
~gaye maca besor sngt mnde nyer~

Wednesday, May 23, 2012

Debat Isu Pemansuhan PTPTN - KJ vs Rafizi 22/5/2012


PTPTN = hutang = berkaitan dgn pelajar U = aku = peminjam PTPTN = kene bayar nanti.


Debat (bukan penebat elektrik) = beza pendapat = perang mulut = memang best (hahaha).




~ what is your opinion? ~

Friday, May 18, 2012

KASIH SAYANG




Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan


Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti


Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana






Thursday, May 10, 2012

perpaduan asas kejayaan

10. Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Surah al-hujuraat ayat 10





2. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan Yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang Yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang Yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, Yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan Ibadat Haji di tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).

Surah al-maaidah ayat 2


Photobucket


~contohilah semut kat atas ni~