.

harap-harap kaye la aku

Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Friday, May 18, 2012

KASIH SAYANG




Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan


Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti


Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana






Wednesday, May 18, 2011

ULASAN SYEIKH SOLEH BIN FAUZAN MENGENAI ISU KAHWIN AWAL KETIKA BELAJAR



ULASAN SYEIKH SOLEH BIN FAUZAN MENGENAI ISU KAHWIN AWAL KETIKA BELAJAR

"Adapun jika dikatakan: Perkahwinan awal akan menyibukkan (pelajar) daripada menghasilkan ilmu dan belajar; (pernyataan) ini TIDAK boleh diterima bahkan yang sebetulnya adalah SEBALIKNYA, kerana selama mana perkahwinan itu akan memberikan kelebihan-kelebihan yang kami sebutkan di antaranya ketenangan dan ketenteraman, kestabilan jiwa dan pencerahan mata, maka ini antara perkara yang dapat membantu pelajar untuk mendapat ilmu kerana jika jiwanya stabil, fikirannya bersih daripada kerunsingan maka ini membantunya mendapat ilmu, adapun jika tidak berkahwin maka inilah sebenarnya menghalang dia dengan apa yang dia kehendaki daripada mendapat ilmu kerana dia berada dalam keadaan fikiran yang terganggu, jiwa tidak stabil, tidak berupaya untuk menuntut ilmu, tetapi jika dia berkahwin dan tenang fikirannya, stabil jiwanya, mendapat rumah yang boleh dia berlindung dalamnya,dan mempunyai isteri yang melunakkannya dan membantunya maka ini membantunya memperoleh ilmu, maka perkahwinan awal jika dimudahkan Allah dan menjadi perkahwinan yang sesuai maka ini antara perkara yang memudahkan seorang pelajar menuju ke arah memperoleh ilmu bukan seperti mana yang digambarkan bahawa perkahwinan menghalangnya."


Ulasan oleh: Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan (Ahli Majlis Ulama Sedunia)