.

harap-harap kaye la aku

Tuesday, January 17, 2012

Kisah Abu Hanifah & Ujiannya



Kisah Abu Hanifah & Ujiannya


Pemerintah semasa zaman Imam Abu Hanifah adalah Abu Ja'far Al-Mansur. Secara ringkasnya, Imam Abu Hanifah banyak tidak bersetuju dengan pemerintahan ini, demikian juga pendekatan pemerintahannya. Selain itu, Abu Hanifah juga banyak tidak bersetuju dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh ulama-ulama kerajaan yang dilihatnya lemah, tiada hujjah dan hanya membodek pemerintah sahaja.

Disebabkan kerana itu, Abu Hanifah kerap memberikan fatwa berbeza dari ulama kerajaan, fatwanya kerap berserta hujjah mantap menyebabkan ulama kerajaan panas punggung selain jatuh air muka mereka. Abu Hanifah juga kerap memberikan teguran pedas dan panas kepada tindak tanduk pemerintah di zamannya. Apa yang lebih memalukan, ulama kerajaan yang berasa tergugat ini mencucuk dan mengadu kepada pemerintah untuk mengambil tindakan kepada Imam Abu Hanifah.

Oleh kerana hal ini berlanjutan, pemerintah dicucuk oleh ulama kerajaan untuk merancang pelbagai perancangan licik agar boleh dijadikan sebab untuk mengambil tindakan ke atas Abu Hanifah.

Abu Hanifah Kritik Fatwa Ulama Kerajaan


Dalam satu kisah yang popular, seorang Qadhi kerajaan iaitu Qadhi Ibn Abi Layla telah menjatuhkan hukum hudud keatas seorang wanita gila kerana memanggil soerang lelaki dengan panggilan "wahai Anak Zina". Jelas ia satu kesalahan dan seolah-olah menuduh ibu bapa lelaki itu berzina tanpa dibawakan empat saksi. Hasilnya, qadhi kerajaan ini menjatuhkan hukuman berikut : -

a) Had qazf (tuduh zina tanpa saksi) ke atas wanita ini dan hukuman dilaksanakan di masjid
b) Dilaksanakan dua jenis hukuman,
1- hukuman qazf kerana menduduh bapa lelaki itu dengan zina,
2- had qazf kerana menuduh ibu lelaki itu berzina.
c) Hukuman sebat dilaksanakan dalam keadaan wanita diarah berdiri di masjid.

Apabila berita ini sampai kepada Abu Hanifah, beliau terus terang mengatakan keputusan itu silap dalam enam tempat seperti berikut :-

a) Hukuman hudud tidak sepatutnya dilaksanakan di masjid.
b) Sepatutnya wanita disebat dalam keadaan duduk. Sebatan ke atas wanita tadi dibuat dalam keadaan wanita itu berdiri, hanya lelaki sahaja yang dihukum secara berdiri.
c) Salah kerana melaksanakan dua had. Yang sepatutnya jika terdapat kes qazaf ke atas satu kumpulan sekaligus, hukuman hanyalah sekali sahaja dan bukan berganda.
d) Malah jika diambil hukuman berganda sekalipun, ia tidak boleh dibuat serentak, ia mestilah di pisahkan waktunya agar tidak menjadi amat berat.
e) Wanita gila tidak sepatutnya dijatuhkan hukuman had qazf ke atasnya.
f) Sewaktu hukuman dijalankan, kedua-dua ibu dan bapa lelaki yang dituduh tidak hadir. Sepatutnya kedua-dua mereka mesti dipanggil untuk menyaksikan hukuman.
Hal ini disampaikan kepada Qadhi Ibn Abi Laila, lalu si qadhi yang lemah ini mengadu kepada Abu Jaffar. Akibatnya Imam Abu Hanifah di'gam' dan tidak dibenarkan memberi fatwa, akibatnya beberapa hari Abu Hanifah tersekat dari menyampaikan fatwanya. ( Al-Manaqib, Abi Al-Bazzazi, 13/351 ; Tarikh Baghdad)



Ujian Hadiah Harta

Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, kali ini pemerintah menggunakan strategi lain iaitu dengan menghantar hadiah sepuluh ribu dirham dan seorang hamba wanita kepada Abu Hanifah.
Sebagaimana yang dijangka Abu Hanfiah menolaknya.. penolakan itu dijadikan sebab engkar dan menghina pemerintah kemudiannya. Apabila di tempelak oleh pemerintah akan sebab menolak hadiahnya.

Abu Hanifah menjawab :-

Amirul Mukminin tidak menghantar kepadaku dari wangnya sendiri maka kerana itu aku menolak, jika ia memberi dari wangnya sudah tentu akan ku terima hadiahnya, sesungguhnya dia menghantar hadiah yang diambil dari duit Baitul Mal, wang milik umat Islam maka tiada sebarang hak untukku mengambilnya..." ( Al-Manaqib, Abu Talib Al-Makki, 1/215)

Setelah apa yang berlaku dan banyak lagi ketidakselesaan disebabkan oleh Abu Hanifah, kali ni Khalifah Abu Jaffar Al-Mansur sudah tidak tahan kemarahannya. Jalan akhir untuk menundukkan Abu Hanifah dan mengawal pendapat serta fatwanya, khalifah telah menawarkan Abu Hanifah jawatan sebagai Ketua Qadhi Negara.
Dengan selambanya Abu Hanifah menolak tawaran itu secara terang-terang di hadapan orang ramai.

Khalifah tersangat marah lalu memanggil Abu Hanifah.

Sebagai jawapan akan sebab penolakkannya, Abu Hanifah memberikan alasan bijak dan penuh dengan strateginya, sebab penolakan yang sebenarnya adalah kerana tidak mahu bersekongkol dengan kezaliman, tidak mahu menjadi pak turut pemerintah dalam perkara yang batil dan salah, tetapi bagi menjerat khalifah, Abu Hanifah terpaksa berhujjah dengan berkata :-

Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu berikan amanah (ketua Qadhi) ini kecuali kepada mereka yang takutkan Allah. ..engkau punyai ramai pengikut yang mana mereka semua berharap untuk mendapat orang yang boleh memuliakan mereka untukmu (atau memuliakanmu)..dan aku tidak layak untuk itu.

Khalifah menjawab : "kamu sebenarnya layak dan kamu telah berbohong (kerana menafikan kelayakkanmu"

Abu Hanifah : "Lihat..engkau sendiri telah menjatuhkan hukuman ke atas kelayakkanku, bagaimana boleh engkau ingin melantik seorang qadhi untuk menggalas amanah sebagai Qadhi kepada seorang yang engkau sendiri mengakuinya banyak berbohong" ( Tarikh Baghdad, 13/328)

Dengan penolakkan ini, Al-Mansur mendapat sebab kuat untuk menghukum Abu Hanfiah, akhirnya Abu Hanifah disebat sebanyak 10 sebatan sehingga 100 kali..sehingga dikatakan kepada Abu Hanifah "terimalah jawatan itu"

Jawab Abu Hanifah : "Aku tidak layak..sambil berdoa dengan suara perlahan" :

"Ya Allah, jauhkanlah diriku dari kejatahan mereka dengan keagungan kuasamu"
Apabila Abu Hanifah masih enggan menerimanya, ia dipenjara maka diracunnya Abu Hanifah sehinggalah membawa kepada kematiannya.....(Tarikh Baghdad, 13/328)

Menurut Abi Bazzazi, Abu Hanifah dipenjara dan disebat kemudiannya di bebaskan dan dibebaskan selepas itu dengan syarat dilarang memberi sebarang fatwa dan bercampur dengan orang ramai, beliau juga dilarang keluar dari rumah, sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 150 H. ( Al-Manaqib, Al-Bazzazi, 2/15)




sumber: zaharuddin.net

0 ulasan:

Post a Comment