.

harap-harap kaye la aku

Sunday, March 11, 2012

asal usul angin

kebiasaaanya setiap kali masuk ke rumah atau bilik, yang pertama dicari adalah suis kipas. mengapa?
sebab panas,
mengapa panas?
sebab takde angin.
dari mana datang angin?
dari kipas atau aircond dan lain-lain.

macam mana dengan angin dari luar rumah?
apa yang jadi kipasnya?




Angin ialah udara yang bergerak yang diakibatkan oleh putaran bumi (kesan Coriolis) dan juga pemanasan tidak sekata permukaan bumi yang mengakibatkan perbezaan tekanan udara(tekanan tinggi ke tekanan rendah) di sekitarnya.

Masa dan skala angin berbeza-beza, dari bayu setempat selama beberapa minit hinggalah angin sejagat selama beberapa hari.

Apabila dipanaskan, udara mengembang. Udara yang telah mengembang menjadi lebih ringan sehingga naik.

Apabila hal ini terjadi, tekanan udara turun kerana udaranya berkurang. Udara dingin di sekitarnya mengalir ke tempat yang bertekanan rendah tadi.

Udara yang naik tadi menyusut menjadi lebih berat dan turun ke tanah. Di atas tanah udara menjadi panas lagi dan naik kembali. Aliran naiknya udara panas dan turunnya udara dingin ini dinamakan perolakan.





1 comment: