.

harap-harap kaye la aku

Monday, August 22, 2011

Tak wajib pakai tudung dan pakai baju

Artikel ini ditulis atas rasa kasih sayang yang mendalam terhadap kalian, insan yang pernah kukenal atau tidak pernah kenal tetapi disatukan atas nama ISLAM.

Tersebut alkisah di sebuah negeri jauh di pedalaman yang jarang ditembusi para pendakwah melainkan setahun sekali iaitu pada bulan Ramadan. Seorang mak cik bertanya pada salah seorang ustaz usai tazkirah maghribnya.

''Ustaz, apa hukum memakai tudung?''

Jawab si ustaz dengan penuh yakin,

''Tak Wajib!''

Mak cik tersebut tidak mengalah, diajukan pula soalan kedua.

''Apa pula hukum memakai baju?"

Dengan penuh yakin lagi sekali dan dinyaringkan sedikit suaranya,

''Tak Wajib!''

Mak cik tersebut mula menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil mengerutkan dahinya yang sudah tersedia kedut. Ustaz tersebut mula berdehem dan bersuara.

''Mak cik, dalam Islam, kewajipan menutup aurat Islam tidaklah terlalu rigid dalam menetapkan jenis dan bentuk pakaian yang wajib dipakai tetapi Islam meletakkan beberapa garis panduan agar Islam ini dilihat fleksibel, sesuai sepanjang zaman dan tempat. Kalaulah tudung saji, pembungkus roti , dan plastik Mydin Satu Malaysia boleh digunakan untuk menutup aurat, maka hukumnya Harus digunakan , malah boleh jatuh hukum Wajib dalam keadaan darurat jika hanya 'pakaian-pakaian' tersebut yang boleh digunakan untuk menutup aurat.''

Terkebil-kebil mak cik tersebut mendengar syarahan ustaz tersebut. Masuk kampung setahun sekali, sempat lagi nak beranalogi dan melawak dengan aku, bisik hati kecil mak cik tersebut.

MENUTUP AURAT BUKAN RUKUN IMAN & ISLAM

Membicarakan tentang dalil penutupan aurat bukan menjadi perkara pokok perbincangan kerana saya percaya kita sudah maklum akannya.

Tetapi yang perlu diperjelas dan diperbetulkan adalah kekeliruan dan salah faham yang berlaku dalam tuntutan dan perintah menutup aurat.

Ramai yang berkata, saya sudah menunaikan 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman dan menutup aurat tidak pula disebutkan sebagai satu rukun daripadanya.

Jom kita fikir menggunakan akal yang logik. Jika anda hendak membina sebuah rumah untuk didiami adakah memadai dengan hanya memacakkan tiangnya sahaja?

Atau anda mahu mereka bentuk sebuah rumah yang terbaik demi keselesaan anda dan kelurga anda. Tak cukup dengan kipas angin ditambah pula dengan air-cond. Tak cukup dengan TV3, ditambah pula kuali Astro.

Begitulah perumpamaannya dengan tuntutan menutup aurat. Rukun-rukun tersebut merupakan tiangnya. Daripada wujudnya tiang , akan ditambah pula tingkap, tangga dan bilik-bilik.

Jika dilihat dengan lebih dalam lagi, bagaimana ibadah solat dan haji juga menuntut untuk kita menutup aurat sebagai salah satu syarat untuk menyempurnakan ibadah-ibadah tersebut.

Tak rasa pelik dan janggalkah apabila melakukan solat, menunaikan haji dan umrah sahaja kita berpakaian sempurna tapi usai sahaja ibadah tersebut kita menanggalkan pakaian kehormatan yang menutup aurat tersebut.

''MAAF SAYA JAHIL SAYA TIDAK TAHU"

- Ini mungkin jawapan yang akan diberi oleh sesetengah daripada kita. Tetapi tanyalah hati kecil kita. Benarkah dengan kecanggihan teknologi hujung jari dan kemudahan akses internet dikebanyakan tempat kita layak dikategorikan sebagai jahil? -

Hakikatnya kita selalu berdolak dalik dalam memberikan alasan untuk berubah. Mungkin juga takut dikatakan menongkah arus.

Kalaulah kita sedar bermula dengan diri kita sendiri, kemudian menyedarkan kelurga kita, kemudian kita menyedarkan pula sahabat-sahabat taman perumahan kita, kemudian sahabat-sahabat teman sepengajian kita, maka alangkah hebatnya.

Sudah tentu gelombang dan seruan kebaikan tersebut akan makin berkembang dan berkembang sehingga fenomena dan situasi ini tidak lagi dilihat sebagai menongkah arus.

''SAYA LELAKILAH, PEREMPUAN YANG SELALU TAK JAGA AURAT NI''

Walaupun anda LELAKI,

Anda seorang abang, maka tugas dan tanggungjawab menjaga adik-adik perempuan anda..

Anda seorang anak, maka tugas dan tanggungjawab menjaga ibu anda..

Anda seorang suami, maka tugas dan tanggungjawab menjaga isteri anda..

Anda seorang ayah ,maka tugas dan tanggungjawab menjaga anak-anak perempuan anda..

Anda seorang majikan,maka tugas dan tanggungjawab menjaga pekerja-pekerja anda..

Anda seorang ketua negara, maka tugas dan tanggungjawab menjaga rakyat anda..

Dan yang paling PENTING, anda juga seorang individu MUSLIM, maka mulakan dengan menjaga diri anda sendiri. Kelihatan aurat seorang lelaki tidaklah begitu payah dan susah untuk dijaga tetapi sekali sekala terkandas dan terbabas juga apabila keluar bermain futsal dan bermandi manda di sungai.

RAMADAN BULAN TRANSFORMASI

''Semua orang memerhatikan dengan pandangan yang pelik apabila saya mengubah cara pemakaian saya''

Anda tahu kenapa semua orang memerhatikan anda? Ya, kerana anda kelihatan hebat dan elegan sekali kerana cuba untuk berubah.

Ayuh sahabat-sahabat..

Mari kita mulakan langkah pertama kita dibulan Ramadan, bulan transformasi. Moga dengan keberkatan bulan yang penuh mulia ini, DIA akan bantu kita untuk sama-sama berubah menjadi hamba-NYA yang lebih baik!

-Artikel Iluvislam.com



Wednesday, August 17, 2011

bertudung lawan tak bertudung, siapa menang?



sekadar copy paste untuk cari point nak berhujah dgn puak gni

~~bertudung tak semestinya baik tapi yg baik semestinya bertudung~~

kingdom tower, jeddah ( 1km)

Semasa 14 Abad yang silam, Nabi Muhammad S.A.W telah mengungkapkan kejadian yang akan datang dalam sebuah hadis:
"Salah satu di antara tanda-tanda akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk 'bertemasya', perniagaan, riya’ (pamer) atau mengemis."
“Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya, orang yang berpunya untuk kepentingan perniagaan, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis”.
(Diriwayatkan oleh Anas r.a.)

Kingdom Tower, Jeddah. lihatlah ketinggaan menara ini. menakutkan! ketinggiannya lebih kurang 4 kali ganda KLCC.


Kingdom Tower
برج المملكة
Kingdom Tower, Jeddah, render.jpg
Computer rendering released on 2 August 2011
Former namesMile-High Tower
General information
StatusApproved
TypeMixed-use; office, hotel, residential, apartments, observation, retail
Architectural styleSupertall skyscraper
LocationJeddah, Saudi Arabia
Coordinates21.733°N 39.090°E
Construction startedAugust-December 2011 (planned)
Estimated completion2016–2017[C]
CostSR 4.6 billion (US$1.23 billion)[1] (preliminary)
Height
Antenna spire≥1,000 m (3,280.84 ft)[A]
Technical details
Structural systemReinforced concrete and steel, all glass façade
Floor count

>200 total

≥160 habitable[E]
Floor area530,000 m2 (5,704,873 sq ft)[B]
Elevator count59
Design and construction
OwnerPrince Al-Waleed bin Talal,Kingdom Holding Company
ManagementCB Richard Ellis
Main contractorSaudi Binladin Group
ArchitectAdrian D. Smith, Adrian Smith + Gordon Gill Architecture, Chicago, USA
DeveloperEmaar Properties
Jeddah Economic Company (JEC)[2]
EngineerLangan International (sub-grade and transportation planning)[3]
Structural engineerThornton Tomasetti
References
[4





~~ agak-agak bila dah siap nanti, laju tak lif dia,? ~~



Thursday, August 11, 2011

BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN


BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.


2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.


sumber : http://drmaza.com/home/?p=1339


Sunday, August 7, 2011

Misi Gereja Vatican


artikel tentang temubual seseorang dengan Bishop, Salah seorang paderi peringkat tertinggi suruhan Paus.

sebahagian dari artikel tersebut


Istilah Yang Wajib Anda Fahami

Vatican

- pusat pemerintahan agama Christian (mazhab Roman Katolik).

- terletak di Rom.

Paus

- ketua agama Christian Sedunia,

- jawatan ini sekarang dipegang oleh manusia bernama Pope Benedict

- Benedict = bermaksud terakhir

Lucifer

- adalah nama lain bagi Iblis (seperti dalam catatan Al-Quran)

- beliau adalah makhluk dari kalangan makhluk berakal Jin

- dahulunya beliau bernamaAzazil

- Azazil menjadi pegawai peringkat tertinggi di alam langit sehingga dapat memimpin malaikat

- keengganan Azazil sujud “tanda hormat” pada jasad manusia bernamaAdammenyebabkan dia disumpah

- lalu Azazil ditarik nikmat pegawai terhebat dan menjadi sehina-hina mahluk berakal

- maka, Azazil = Iblis (adalah makhluk yang sama, sedangkan anak-anaknya bernamaSyaitan)

- Iblisjumlahnya 1 makhluk sahaja, sedangkan syaitan berjumlah berbillion…

Anti Christ

- nama lain bagiAl-Masih Dajjal(gelaran oleh orang Islam)

- matanya telah buta sebelah (hari ini terkenal dengan symbol mata 1)

- bayang-bayang kehadirannya ialah (segitiga, mata 1, pyramid, singa)

Jesus

- nama lain bagiAl-Masih Isa(gelaran oleh orang Islam)

- akan diturunkan tak lama lagi (melalui tanda-tandakeringnya air tawar di Tasik Galilee)

Allah

- adalah tuhan kepada seluruh alam galaksi ini

- jumlahnya hanya 1 dan dialah satu-satunya tuhan yang wajib disembah

- tuhan itu tidak bersifat seperti makhluk (ada diajar dalam Islam)

Adam

- manusia pertama ciptaan Allah

- Hawa adalah nama perempuan pertama dan beliau adalah isteri Adam.

JESUIT PRIEST

- Salah seorang paderi suruhanPaus.

The Last Pope

- Pemimpin Vatican yang terakhir

Pope Roman Peter II

- Dikatakan beliau akan perintah dunia ini dari Middle Earth, di Israel, bukan di Rom.

Cantus

- adalah warisanKnight Templar

Benidictine Order

- salah 1 sistem kehidupan Dajjal yang dicorak oleh Vatican dan ramai mengamalkan secara tak sedar

New WorldOrder

- adalah 1 sistem global sedunia yang hampir semua Negara mempunyainya

Freemasonry

- salah 1 ejen sulit Al-Masih Dajjal di zaman modern,

dahulunya mereka ini dikenali sebagai Knight of Templar (ketika Perang Salib)

Zionis

- adalah 1 bangsa puak kiri Yahudi yang mengatur dunia mengikur oder mereka termasuklah pemakanan, pakaian, budaya, hiburan, kewangan, dll lagi.

Bishop

- Salah seorang paderi peringkat tertinggi suruhan Paus.

Muhammad

- Nabi~Rasul terakhir yang diturunkan untuk panduan manusia mengenal tuhan dan menjalankan hidup yang baik di alam dunia.

Salehuddin

- Seorang Khalifah Islam yang hebat yang mengamankan seluruh dunia sehingga beratus-ratus tahun selepas mendapat kemenangan di Perang Salib.

Jacques de Molay

- Orang suruhan Paus yang memiliki keupayaan luar biasa dari jangkauan manusia biasa

Kafir

- Manusia berakal yang tidak beragama Islam, tetapi tahu Islam itu wujud dan benar……..

- Kafir =murtad (sama erti)

- Murtad = keluar dari Islam (selepas tahu Islam itu benar)

Yahudi

- Manusia berbangsa Jews (dalam bahasa Inggeris)

- Yahudi adalah keturunan Nabi Ishak dari ibunya Sarah, iaitu isteri ke-1 Nabi Ibrahim.

- Yahudi yang percaya kepada tuhan yang 1 iaitu Allah dinamakan (ahli kitab)

- Yahudi merupakan bangsa paling zalim di dunia kerana itu banyak Nabi diturunkan kepada mereka supaya berubah

- Yahudi adalah bangsa yang tidak mempunyai tanah sendiri kerana itu bangsa ini merempat beribu-ribu tahun

- Akhirnya pada hari ini, Yahudi berjaya merampas tanah Palestin, untuk menanti ketibaan Al-Masih Dajjal.

- The Rulling State of The World will establish from Holy Land, Jerusalem, Golden Age of Nabi Sulaiman…!!!

Al-Masih Mahdi

- Pemimpin akhir zaman, dia keturunan Nabi Muhammad.

- Kebetulan, nama beliau ialah Muhammad Bin Abdullah. (mengikut banyak rekod hadis Sahih)

Agama

- Adalah fahaman untuk penyembahan dan mengenal tuhan.

- Hanya Islam sahaja diakui sebagai agama yang diredhoi di sisi Allah.



Dialog Temubual (Bahagian 1/3):

Pernahkah anda mendengar tentangThe Last Pope?

Pernahkah anda mendengar tentangPope Roman Peter II?

Pernahkah anda mendengar tentangCantus?

Pernahkah anda mendengar tentangBenidictine Order?

Di sini saya ingin berkongsi cerita & diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita tentang apa yang sebenarnya sedang terjadi,

pada masa sekarang & akan terjadi tak lama sahaja lagi…

" 2 minggu lepas semasa saya di New York, USA,

terjadi 1 peristiwa yang telah mem-brainwash-kan saya,

cerita nyer macam ni….."

Semasa saya dan pak cik bersiar2 di kota selepas singgah di sebuah kedai,

pak cik telah tercicir barang yang dia beli,

saya pulak tunggu dia dekat kereta dan terasa nak berak pulak…

tak tahan giler,

nak cari tandas tanya orang ada dekat situ, balon je la kan...

gereja pun gereja la tumpang berak jer…

rupanyer gereja tu ada buat satu ceremony,

ada orang pakaijubah dan topi segitiga,

tengok air muka macamyahudi laknatjer…lantak ar…

Bila sampai rumah pak cik aku,

orang yang pakai jubah setan tu jadi jiran pulak…

selang 2 rumah jer…

2 minggu aku dah spy dan tegur org ni…

takda apa2 pun hidup macam orang biasa jer…

sampai la 1 topik perbualan tu…

aku:saya ada nmpk pak cik kat gereja tu,

tak nampak macam sembahyang, macam majlis konvo pulak..ada aper ?

Bishop: oh! yang tu…memang mjlis konvo utk paderi baru..dorang yg jubah putih tuJESUIT PRIEST

aku:sapa tu bunyi macam best jer ? good looking…macam educated jer…

( jiran aku senyum sampai ke pipi, cam nk ketawa tapi x ketawa pun)

Bishop:hmmm…orang islam,1000 orang ulama Islambaru bersamaan dengan 1 orangJESUIT PRIEST.

aku:pasal apa pulak?

Bishop :orang yg pandai, hebat yg ada name nyer di depan mereka professor,doktor dll tu..

dengan kata2 yg hebat penuh ilmu dan fakta dan teori yg hebat2 tuADALAH PERBUALAN HARIAN KAMI 700 TAHUN DAHULU

kemudian kami membuatkan bagaimane mahu hasilkan orang yg seperti professor,doktor dan mereka semua tu…

Kebijaksanaan mereka tidak akan lari dari tujuan ilmu itu kami hasilkan…

seluas mana pun ia berkembang ia sebenarnya di bawah tujuan kami, cuma mata mereka melihat ia berubah-rubah…

( bishop roman katolik tu sebenarnya seorang jiran saya yang memang adalink organisasi dengan Gereja Vatican dekat Rom.)

........................................................................................................................................................................

bahagian yang lain;


Aku; Pak Cik ni dari tadi asyik cerita tentang kehebatan orang2 pak cik jer…

Takkan takda perkara2 yang merisaukan pak cik….

orang kristian banyakmasuk islamkan…

takan pak cik tak risau..takan gereja buat tak tahu jer…

Bishop ;alangkanumat islamsendiri hilangislamyg sebenar,ini kn pulak yg baru masuk….

ya,raja kami(Paus)Pope Benedict prnh bg tau sy bhwa kami tidak akan menemukanMuhamad ke-2 (Al-Masih Mahdi),

sebelum dia berjaya menemukan kami kepada khalayak ramai

Aku;tapi.. orang islam percayaAl-Masih Mahdiakan dilantik dan kemudian melaksanakan misinya

Bishop; bagaimana jika saya kata dia tidak tahu siapa dirinya,

dia mengetahui kebenaran dan melaksanakannya hanya kerana perasaan tanggungjawab,

perlantikanya sbgAl-Masih Mahdiitu menandakan usahanya telah berhasil dan bukannya baru bermula.


Aku;tapi kan kenapa dia berjuang pada waktu dirinya belom dilantik, selepas dilantik tak boleh berjuang ke?


Bishop ;inilah yg merisaukan kami,

Al-QurandanNabi Muhamadtidak akn menipu tetapi ada sedikit helah yg disembunyikan daripada kami,

mana mungkin dgn mudah berkata diaAl-Masih Mahdimuncul dan dilantik…..

klu begini senang2 saje kami menemukannya.

Pope Benedict ada ckpMuhamadkali ini berbeza dgnMuhamadterdahulu,

ulama2 kamu dibiarkn hidup sebabMuhamadyang dimaksudkan sedikit pun tidak menyerupai mereka2 itu.

Muhamadakn kelihatan spt penjenayah,orang yg melakukan kesalahan

tetapi sebenarnya dia membawa kebenaran…..

sedangkan kami pula spt org baik yg memperjuangkn nasib kamu.

ya..kerana dia tidak mahu kebenaran tertanggung di bahunya,

kamu tidak akan menemui sebarang huruf2, abjad2 dan ayat2 dlm usahanya..

..........................................................................................................................................................................

bahagian yang lain;



Aku ;tadi pak cik ada cerita yangMonsignorada cakap tentangCANTUS

apa ke benda nyer ‘CANTUS’ tu….bunyi macam gempak jer..

Bishop ;CANTUSadalah warisan ‘Knight Templar’….

suatu amanah yg kami berikan kepada mereka kerana ketaatan mereka kepada paderi,bishop,kardinal dan semua pemimpin2 roman katolik..

kami berikan 1 kuasa kepada mereka,

kuasa yg meliputi semua penjuru dunia…

mereka pergi kemana saja tanpa banyak tanya kepadaPaus

selepas penjajahan eropah ke atas dunia,

dengan izin kami…‘Knight Templar’ telah menyerahkan warisan ini kepada kamu…

bukan kpdorg islamsahaja,

malah semua bangsa dan agama di dunia ini…

Aku;ni satu lagi…

mengarut,bila masa pulak kami memikul warisanKnight Templar?

Kerajaan sesebuah Negara kan milik rakyat sendiri selepas kemedekaan..

Bishop ;di tanah air kamu dahulu,

datuk2 kamu tidak sedar pun bahawa mereka telah bekerja untukKnight Templar

nyawa mereka telah kami gunakan untuk membunuh komunis..

begitu juga di sebelah pihak komunis,Knight Templartelah menggunakan komunis untuk membunuh kamu…..

kedua2 nya mati..

Knight Templar benar2 anak didikan kami…

datuk2 kamu itu sebenarnya mati sia2.

mereka semua akan masuk neraka….mati syahid konon2 nya.

Aku;yang ni lagi kelakar…

betul la datuk2 kami memperjuangkan tanah air..

bila masa plk datuk2 kami diperalatkan olehKnight Templar?…apa buktinya..

Bishop; sekarang ini mereka menjalankan tanggungjawab dan peranan dengan perasaan bangga,

malah ramai org2 muda bercita2 untuk menyertainya,

mereka sudah menganggap ia sebagai‘kerjaya’..

mereka benar2 menyayangikerjayaitu..

dan kami telah memberikan pakaian yg indah kepada mereka..

mereka benar2 sukakan pakaian itu malah berebut2 untuk memakainya…

orang2 yang mereka lindungi memandang mereka sebagai wira…

padahal mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka lakukan,

dgn siapa sebenarnya mereka berkhidmat..

Aku;pak cik cakap pakaian?….

pakaian apa yang mereka pakai sampai dorg tak tau untuk sapa dorang bekerja??

Bishop ;

mereka itu memakai simbol warisanKnight Templarpada pakaian mereka.

di bahu dan lengan tangan mereka ada terdapat pingat

yang menunjukkan mereka telah dikitiraf akan menjalankan fungsi2 yang kami kehendaki…

tapi mereka tidak menyedarinya…

pingat itu kelihatan sepertihuruf ‘v’….

itulah simbol “CANTUS”…warisanKnight Templar

itu adalah permulaan sahaja

sebelum kamu menjadi orang yg lebih bodoh lagi apabila menerima pingat yg lebih besar….…

.........................................................................................................................................................................

bahagian yang lain


Aku;ah….tak mungkin la pak cik…

bukan ke setiap negara ada peruntukan dan menggubal undang2 sendiri???..

macamana pak cik kata semua undang2 dekat dunia ni milik gereja???

Bishop ;saya tidak menipu kamu…..

Lihat saja di mana2 negara sekalipun,

pada bendera,

jata,

mahkamah,

perlembagaan dan apa saja yg seumpamanya

mereka semuanya memakai simbolBenedictine….

cantus’ danBenedictinemacam adik-beradik,

mereka tidak boleh dipisahkan…

Aku;undang-undang untuk jiwa???….

kalauBenedictine Orderuntuk undang2 jasad manusia dah ada symbol pada jata,bendera,perlembagaan semua tu…

Benedictine Orderuntuk undang2 jiwa manusia apa pulak???

Bishop;ini adalah yg berat sekali bagi kamu…

katakan lah pada saya yg kamu tidak ingin mengetahuinya..

Aku;tak kisah la hati saya pedih menerimanya..

pak cik cakap je la..

Bishop ;Nabi Muhamad dan sahabat2nyatidak membenarkan ilmu, sesuatu yg memberikan harga kepada diri sendiri…

maka kami hasilkan perkara2 yg berlawanan dgnNabi Muhamad dan sahabat2nya

setiap perkara yg kamu lalui sehari-harian akan membentuk jiwa2 kamu…

semasa kamu kanak2…

kamu diajar menggunakan pancaindera…

kamu diajar bagaimana sesuatu ilmu itu akan meresap di otak kamu..

kamu diajar membaca,

menulis,

mengira,

mewarna,

bermain,

berlari..

selepas itu kamu akan ditanya “bila dah besar nanti nk jadi apa?

Apa cita-cita kamu nanti?”…

kamu diajar supaya menjawab “bila saya dh besar saya nk jadi doktor,cita-cita saya menjadi peguam..dan sebagainya”…

perbezaan jiwa belum wujud tetapi fungsi2 watak sudah kamu fahami

selepas itu kamu akan diajar fungsi-fungsiilmu,

bagaimana setiapilmuakan bertindak mengikut maknanya sendiri…

kamu merasa kagum dan percaya ilmu

selepas itu kamu akan dipisahkan dengan org lain..

kamu diajar untuk menilai“pelajar pandai”

dan“pelajar bodoh”….

pelajar pandai mendapat pujian,

pelajar bodoh dimarahi oleh ibu mereka..

ini adalah asas untuk memecah belahkan kamu…

tetapi kamu diajar“perpaduan antara kaum”

supaya kamu percaya warna kulit menyebabkan perpecahan..

Padahal perbezaanilmuadalah senjata..

ilmuyang berbeza maka pekejaan kamu berbeza…

maka berbezalah duit kamu,

berbezalah rumah kamu,

berbezalah perhiasan kamu,

berbezalah maruah kamu….

selepas itu kamu diajar

“miskin kaya tiada beza sama sahaja”…

maka lupalah kamu bagaimana ia bermula

pelbagai masalah kehidupan direka,

supaya pelbagai penyelesaian dapat direka,

pelbagai penyelesaian direka supaya pelbagai ilmu dapat direka,

pelbagai ilmu direka supaya pelbagai pekerjaan dapat direka,

pelbagai pekerjaan direka supaya pelbagai taraf kehidupan dapat direka,

pelbagai taraf kehidupan direka supaya pelbagai jiwa manusia dapat direka,

pelbagai jiwa manusia direka supaya pelbagai maruah dapat direka,

pelbagai maruah direka supaya pelbagai cara diri mereka akan dibeli …

maruah yang akan mengkafirkansemua orang islam,

mereka yang kafirsememangnya telah kafir..

(patutla kadang2 aku tgk kat hotel2, orang Islam yang kononnya smart, dengan selamba minum arak, maksudnya diorang ni sebenarnya dah kafir la ye ?)

(kalau yang dah kafir tu memang takde orang peduli pun sebab mereka sememangnya begitu)

(maknanya…….kalau perempuan Islam yang sengaja tak pakai tudung, agak2 tarafnya apa ?)

Aku;peh….!!…

teliti betul pekerjaan org2 pak cik,

tapikan bagaimana‘maruah’ boleh mengkafirkanorang2 islam???.

apa buktinya ???

bukanya kami takda otak nak menilai macamana sesuatu keadaan itu utk dinilai sebagaikafir

Bishop ;Benedictine Ordertelah berkuasa terhadap semua manusia di planet ini,

tiada siapa dapat melarikan diri…

malah manusia berebut2 memilikinya..

mereka sangat menyayangi diri sendiri,

malah mereka akan mempertahankan maruah ini dengan apa cara sekalipun…

kami x perlu buat apa2 pun..percayalah

seperti ‘cantus’…

kami juga memberikan pakaian yang indah kepada mereka ini…

mereka benar2 sukakannya..

malah jikaPausberkata kpd mereka“pakaian ini adalah khidmat kamu kpd ku”

mereka akan menafikannya !!!…

bagaimanakahMuhammad ke-2 (Al-Masih Mahdi)dapat menyelamatkan mereka sedangkanPaussendiri sudah mengatakan kebenaran???

.....................................................................................................................................................................
pelbagai lagi kisah yang berkaitan dgn hidup kita seharian

baca keseluruhan artikel di

http://www.dinar-emas.com/vaticans.html#axzz2og4nEY5s