.

harap-harap kaye la aku

Tuesday, August 2, 2011

Memang Sikap Melayu @ Umat Islam Malaysia ? ( Mesti Baca !)

artikal dari : zaharuddin.blogspot.com
Zaharuddin Abd Rahman
(keratan artikal)
Manja, Malas @ Apa?
Tiba-tiba setelah diterangkan demikian,, "habis kami kena berhentilah ustaz ye" Tanya peserta.
"ye, sudah tentu, bukankah sudah jelas haram, mengapa perlu tanya lagi samada perlu berhenti atau tidak "Tanya saya kepelikkan dengan sesetengah sikap umat Islam yang kelihatan amat lemah dalam membuat keputusan.
"Habis macam mana nak berhenti ye usteaz, kami tak tahu caranya, nombor telefon penganjur pun tak de ?" Tanya peserta lain pula..
Itulah amat jelasnya unsur ‘Jahalah' iaitu ketidaktahuan dalam aqad di antara peserta dan pengurus dana haram ini. Sehinggakan peserta langsung tidak mengetahui cara berhenti. Pelikkan, bagaimana boleh beraqad tanpa mengetahui cara menamatkan pelaburan itu.
Jawabnya, bukan tak reti, tapi memang tak boleh..kerana anda sedang ditipu.
"Ada alternatif tak ustaz" Tanya seorang lagi peserta
"Ada dan sangat banyak, rujuk web saya," Jawab saya.
"Dah, ustaz, tapi banyak la , ustaz, saya nak masuk mana satu" Tanya peserta ini lagi.
"Maaf, saya tiada lesen ‘Financial Advisor' untuk membolehkan saya mencadangkan salah satu Skim Pelaburan Islam yang perlu anda sertai, anda perlu buat keputusan dan kajian sendiri" terang saya
"Oklah, ustaz, saya dah pilih yang ini, ustaz ada nombor telefon nye tak? " tanyanya lagi.
Kemudian setelah saya memberitahu nombor telefonnya, lalu ditanya pula oleh peserta lain..
"Jika telefon nak cakap dengan sapa ye ustaz?"
"Lepas tu , perlu ke kami pergi ke bank tu sendiri atau boleh melalui telefon saja ?
"kalau kami pergi nak jumpa pegawai nama apa ye ustaz ? »
« Lama tak agaknya prosesnya ? »
« Apa dokumen yang perlu bawa ye ustaz »
Dan lagi lagi lagi lagi dan lagi soalan.
Ya Allah, ini minda orang Islam atau orang Melayu ??? ..kelihatan amat perlukan simpati dan sentiasa perlu di pandu satu demi satu tanpa ia boleh melakukan kajian sendiri dan fikiran. Sentiasa perlukan subsidi fikiran orang lain, macam bagi subsidi baja pula.
Bagaimanapun, saya masih ingin ucapkan tahniah kepada si penanya ini kerana imannya masih kuat untuk berhenti dan mencari yang halal berbanding sebahagian yang lain yang masih enak berada dalam perkara haram tanpa merasa sebarang bersalah. Padahal pelaburan cepat kaya ini telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
..........................................................................................................................................................................
baca artikel penuh di sini

0 ulasan:

Post a Comment